Pelindungan_Pelan_Takaful_Bekelompok
(TIDAK Termasuk di dalam semua pakej umrah)
Bagi jemaah yang berumur 1 – 17 tahun pada hari penerbangan
- Perlindungan untuk kanak-kanak
- Perbelanjaan pengkebumian (FE) RM 3000
Bagi jemaah yang berumur 18 – 65 tahun pada hari penerbangan
- Kematian Kemalangan (AD) RM 10,000
- Kematian Biasa (D) RM 10,000
- Keilatan Kekal Seluruh Tubuh Badan (TPD) RM 10,000
- Manfaat Wad Hospital Akibat Sakit / Kemalangan (HB) RM 50 sehari
- Perbelanjaan pengkebumian (FE) RM 3000
Bagi jemaah yang berumur 65- 75 tahun pada hari penerbangan
- Kematian Kemalangan (AD) RM 10,000
- Kematian Biasa (D) RM 10,000
- Perbelanjaan pengkebumian (FE) RM 3000
Tertakluk kepada kelulusan tawaran dan syarat-syarat Takaful Malaysia. Perlindungan adalah terhad kepada maksima 40 hari dari tarikh penerbangan.
Notis: Pelan takaful ini tidak melindungi jemaah daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan atau kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi sepanjang perjalanan.
Insurans Perjalanan Tambahan
(Tidak termasuk di dalam semua pakej)
Semua anggota pelancongan digalakkan untuk membeli insurans perjalanan tambahan untuk mendapatkan perlindungan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992.
- Individu – Premium Dari RM 112.00
- Keluarga – Premium Dari RM 280.00
- Semua warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap, Pemegang Pas Kerja / Permit Kerja dan Tanggungan layak unutk memohon polisi ini.
- Untuk pelan Individu, pemohon mestilah berusia di antara 18 hingga 79 tahun. Manakala untuk pelan keluarga, anak-anak mestilah berusia di antara 30 hari hingga 18 tahun (pada hari penerbangan) atau sehingga 23 tahun (pada hari penerbangan) jika di belajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
- Tempoh perlindungan maksimum ialah 190 hari.
Di antara manfaat yang ditawarkan oleh insurans perjalanan individu AXA:
- Kemalangan diri
- Perubatan
- Elaun Hospital
- Kelewatan bagasi
- Kehilangan bagasi
- Kelewatan perjalanan
*Manfaat di atas adalah tertakluk kepada had perbelanjaan untuk perubatan, hospital dan lain-lain untuk setiap polisi dipilih.